Kamis, 17 Februari 2011

Kata Mutiara dalam Kehidupan

  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti ~Hukama
  2. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius
  3. Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln
  4. Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris
  5. Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
  6. Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi
  7. Rahasia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
  8. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
  9. Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
  10. Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
  11. Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.
  12. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin
  13. Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius
  14. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
  15. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
  16. Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
  17. Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
  18. Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
  19. Rahasia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
  20. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
  21. Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
  22. Sahabat sejati umpama pohon rindang tempat kita berteduh.
  23. Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
  24. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
  25. Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
  26. Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
  27. Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda
  28. Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
  29. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille
  30. Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
  31. Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
  32. Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
  33. Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin
  34. Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
  35. Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
  36. Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
  37. Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin
  38. Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
  39. Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -Soekarno
  40. Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
  41. Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.
  42. Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni
  43. Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh - Albert Enstein
  44. Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia
  45. Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
  46. Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju
  47. Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil


     

Tidak ada komentar:

Posting Komentar